Tempat Menarik Di Melaka
Sedikit Sejarah Tentang Melaka
Melaka adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di wilayah selatan Semenanjung Malaysia, bersebelahan dengan Selat Melaka.
Negeri ini bersempadan dengan Negeri Sembilan di utara dan barat dan Johor di selatan. Exclave Cape Rachado juga bersempadan dengan Negeri Sembilan di utara. Ibu kota adalah Bandaraya Melaka, yang terletak. Pusat bandar bersejarah ini telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008.
Walaupun ia adalah lokasi salah satu kesultanan Melayu terawal, monarki tempatan dihapuskan ketika Portugis menaklukkannya pada 1511.
10 Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Anda Kunjungi
1. JONKER WALK MELAKA
Jonker Walk adalah tempat atau jalan yang sibuk dan dipenuhi dengan rumah-rumah bersejarah, kedai dan juga tempat dimana setiap malam pada hujung minggu akan ada pasar malam terbesar di sini.
Terdapat pelbagai jualan sekiranya anda berada di sini. Kalau setakat souvenir tu, memang melambak lah! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah bila anda bercuti di Melaka.
Lokasi:
2. MELAKA RIVER CRUISE
Melaka River Cruise adalah salah satu lokasi wajib yang menarik di Melaka ini. Ketika anda menaiki kapal, anda akan ditunjukkan tempat-tempat bersejarah sepanjang laluan sungai ini.
Waktu Operasi: 9:00 pagi ke 11:30 malam
Kos:
Warganegara
Dewasa: RM10.00
Kanak-kanak: RM5.00
3. PANTAI KLEBANG MELAKA
Pantai Klebang adalah salah satu daripada pantai-pantai yang ada di Melaka. Namun begitu, oleh kerana lokasinya yang lebih strategik iaitu lebih dekat dengan bandar Melaka dan menjadi pantai yang paling popular di sini.
Di Pantai Klebang ini juga, terdapat satu lokasi unik iaitu kawasan “padang pasir” yang sedikit tersorok. Anda boleh melayari Instagram dan cari hashtag-hashtag seperti #melakadesert. Caj parking dikenakan sebanyak Rm 3.00 sahaja kepada mereka yang menbawa kenderaan masuk ke kawasan ini.
Untuk tujuan keselamatan, anda akan diarahkan untuk meninggalkan kawasan ini selepas jam 7:00 petang.
Lokasi:
4. THE SHORE SKY TOWER
The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat iaitu 153m. Terdapat Selain itu, terdapat akuarium yang penuh dengan ikan koi dan yang paling menarik, satu platform kaca lutsinar telah dibina untuk membolehkan pengunjung menguji keberanian. Terdapat juga kafe iaitu the Sky Deli Restaurant untuk menjamu selera.
Sila layari laman web rasmi The Shore Sky Tower untuk maklumat terkini.
Lokasi:
Waktu Operasi: 10:00 pagi ke 10:00 malam
Kos:
Dewasa: RM25 sekali masuk
Kanak-kanak: RM18 sekali masuk
5. MUZIUM KAPAL SELAM
Kapal selam yang terdapat di muzium ini adalah FS Ouessant Agosta 70. Ia digunakan untuk tujuan latihan oleh kru Kelas Perdana Menteri TLDM. Dahulunya, kapal selam ini adalah kepunyaan Tentera Laut Perancis dan telah dibeli oleh kerajaan Malaysia. Ia diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka secara rasmi pada 4 Mac 2012, dan kemudiannya dijadikan sebuah muzium.
Selepas membeli tiket masuk, anda akan diberikan akses untuk meneroka bahagian dalam kapal selam. Sepertimana yang biasanya ditayangkan di wayang gambar, bahagian dalaman kapal selam adalah agak sempit. Anda boleh melayari laman web Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) untuk maklumat lanjut.
Lokasi:
Waktu operasi:
Hari biasa: 9:00 pagi – 5:30 petang
Hujung minggu: 9:00 pagi – 6:30 petang
Kos:
Dewasa: RM 3.00
Kanak-kanak: RM1.00
6. THE STADTHUYS
The Stadthuys pada suatu masa dahulu adalah sebuah dewan bandaran sewaktu pemerintahan Belanda di negeri Melaka. Ia juga merupakan salah satu daripada monumen simbolik bagi negeri Melaka – ramai yang mengenalinya sebagai “bangunan merah kat Melaka tu”. Ini adalah salah satu lokasi yang tak pernah putus dengan kehadiran pelancong yang ingin bergambar sebagai tanda kenangan.
Lokasi:
Kos: (Hanya jika anda ingin masuk ke dalam Kompleks Stadthuys), caj dikenakan adalah:
Warganegara (sertakan MyKad):
Dewasa: RM5.00
Kanak-kanak: RM2.00
Bukan warganegara:
Dewasa: RM10.00
Kanak-kanak: RM4.00
*Dengan membeli tiket, anda juga akan mendapat akses ke Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Pendidikan, Muzium Tuan Yang Terutama, Muzium Pendidikan & Galeri Laksamana Cheng Ho.
Tempat Menarik di Melaka yang wajib pergi
7. ZOO MELAKA
Suasana di dalam zoo ini juga adalah nyaman kerana terdapat tumbuh-tumbuhan ditanam untuk mewujudkan suasana seakan-akan kawasan hidupan liar di hutan hujan tropika yang sebenar. Terdapat juga tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok eksotik yang ditanam di sekitar zoo ini.
Zoo Melaka adalah salah satu daripada tempat menarik di Melaka untuk kanak kanak terutamanya, kerana mereka dapat melihat spesies-spesies hidupan liar dengan lebih dekat. Oleh kerana kawasan zoo yang luas, kemudahan seperti tram (yang macam kereta api tu) juga disediakan untuk kemudahan pengunjung di sini dengan harga serendah RM2.00 sahaja.
Lokasi:
Waktu operasi:
Zoo waktu biasa: 9:00 pagi – 6:00 petang (tiket terakhir jam 5:30 petang)
Night Safari: 8:00 malam – 11:00 malam (tiket terakhir jam 10:30 malam)
Kos:
Warganegara
Warga emas: RM7.10
Dewasa (umur 13-59): RM17.80
Kanak-kanak (umur 4-12): RM7.10
OKU: RM7.10
Bukan Warganegara
Dewasa (umur 13-59): RM23.70
Kanak-kanak (umur 4-12): RM17.80
*Anda boleh mendapatkan informasi lengkap & terkini di laman web rasmi Zoo Melaka.
8. MASBRO VILLAGE
Selain daripada Bustel, Masbro Village adalah salah satu daripada lokasi penginapan ala homestay yang sangat unik di Melaka. Senibinanya yang luar biasa iaitu berbentuk segitiga diilihamkan daripada pondok-pondok tepi pantai di Australia – sebab itulah ia mendapat nama gelaran “Australia Village”. Jadi, No wonder lah tempat ini menjadi viral dan tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Melaka, bukan?
Setiap rumah homestay boleh memuatkan 4 ke 6 orang dewasa. Homestay ini mempuyai 2 tingkat, yang mana terdapat 1 sofa bed di tingkat bawah manakala 2 katil queen size pula disediakan di tingkat atas. Ia juga dilengkapi ruang tamu, ruang makan, perabot seperti kerusi sofa & TV, penghawa dingin, 2 bilik air berserta water heater, dan kelengkapan dapur. Nak parking kereta pun tak ada masalah kerana lokasinya yang strategik, dan homestay ini juga berpagar. Walaupun ia terletak lebih kurang 7km daripada bandar Melaka, bagi saya tetap worth it dengan pengalaman menginap di sini.
Lokasi:
Kos: RM280/unit/malam
9. MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT
Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah taman tema dan resort air terbaru di rantau ini yang terletak di Ayer Keroh Melaka, salah satu destinasi Malaysia yang paling popular. Melaka Wonderland adalah tarikan pelancongan terkini bagi pelancong tempatan dan luar negara. Ia adalah pengalaman taman air lengkap untuk semua orang – keluarga, anak-anak, remaja dan pencari keseronokan. Dari gelongsor air yang berkelajuan tinggi hingga kehijauan hijau, Melaka Wonderland Theme Park & Resort akan mengujakan mana-mana pelawat.
Taman tema unik ini mempunyai 11 buah tarikan, iaitu Tornado Chaser (1 di Malaysia), Lazy merangkap Crazy River, 1 kolam Big Wave, Adventure Island dan dikelilingi oleh 360 hektar hutan rekreasi semulajadi. Tempat menarik eksklusif Melaka Wonderlands menjanjikan keseronokan yang tidak terhad, dengan mengambil setiap pelawat dalam perjalanan mendebarkan dan pemandangan hutan semulajadi.
Lokasi:
Waktu Operasi: 9:00 pagi ke 7:00 malam
Kos: Layari laman web rasmi Melaka Wonderland untuk maklumat caj terkini
10. FREEPORT A’FAMOSA OUTLET
Freeport A’Famosa Outlet menawarkan lebih daripada 70 jenama fesyen, sukan dan aksesori di sekitar 180,000 kaki persegi. Cawangan ini terletak di pusat membeli-belah terbuka yang memaparkan tasik, air pancut, karusel dan kincir angin dengan senibina yang bertemakan secara meluas di warisan Belanda Melaka.
Laman Web : http://freeportafamosa.com/
Waktu Operasi : Setiap hari Jam 10.00 pagi – 10.00 malam